Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum wbt,

Semua warga BAKEBS,
Semoga semuanya dalam kerahmatan Allah,

Pada minggu lepas Sdra Mohd Saiful bin Safii N1 BTPN Selangor dan isteri telah dikurniakan cahaya mata puteri . Alhamdulillah dan tahniah.Semoga bertambah seri kehidupan rumahtangga beliau dan terus mendapat kerahmatan Allah, insyaAllah.

Setiap yang berlaku semuanya adalah ketentuanNYA. Pada hari ini 19.12.2011, lebih kurang jam 11.00pagi, ayahanda sdra Mohd Saiful telah kembali kerahmatullah- menemui PENCIPTANYA akibat kemalangan jalan raya di Raub Pahang. Menurut maklumat langsung yang saya dapat daripada beliau, kira-kira jam 8.45 malam tadi jenazah allahyarham masih berada di Hospital Raub- sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Melayu Subang dan insyaAllah penyempurnaan jenazah akan dilaksanakan malam ini juga.

Sama-sama kita menghulurkan doa dengan penuh keikhlasan agar roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dipermudahkan segala urusannya, insyaAllah.

Terima kasih.


Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest