Posted by bakebs on May 9, 2012 in Blog |
Assalamualaikum wbt,
Semoga sdra/sdri sentiasa mendapat keberkatan, kerahmatan dan lindungan daripadaNYA,insyaAllah.
Alhamdulillah, kita telah sama-sama melunaskan satu tanggungjawab kekeluargaan kita serta kehendak perlembagaan BAKEBS- ‘Mesyuarat Agung BAKEBS kali ke 8′.
Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah saya ucapkan kepada sdra/sdri warga BAKEBS yang begitu prihatin, komited , bekerjasama, positif, penuh kemesraan dan keikhlasan serta ERAT dalam menjayakan mesyuarat agung pada tahun ini. TERIMA KASIH. Semoga ianya akan terus dan terus lebih cemerlang lagi, insyaAllah.
Semoga apa yang telah kita capai secara mesyuwarah kekeluargaan ini akan menjelmakan sesuatu yang lebih baik. Sama-sama kita jayakan keharmonian dan kecemerlangan BAKEBS. Kecemerlangan bukan ertinya kita berjaya melaksanakan aktiviti yang mega, tetapi yang utama adalah kecemerlangan ukhuwah kekeluargaan kita di luar tugasan rasmi tanpa mengenal siapa kita. Mustahil kita dapat memberikan KESEMPURNAAN tetapi kita telah dan akan mencuba yang terbaik untuk semua.
‘ BAKEBS ADALAH KITA PUNYA ‘
Saya mewakili AJK BAKEBS mengucapkan terima kasih kepada sdra/sdri yang telah memberikan ruang kepercayaan dan kesempatan untuk menerajui BAKEBS pada tahun ini. Semoga kerjasama ERAT dan penuh keikhlasan akan terus terjalin.
Kepada AJK BAKEBS yang baru diberi kepercayaan saya ucapkan tahniah, semoga BAKEBS akan lebih berdaya maju dengan segala sumbangan sdra/sdri,insyaAllah.
Kepada mantan AJK BAKEBS (2011-2012) – sesungguhnya jasa dan khidmat bakti sdra/sdri cukup tinggi nilainya- TERIMA KASIH dan BAKTIMU kami junjung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penasihat kita yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada BAKEBS. Terima kasih Tuan.
Semoga kerjasama serta kemesraan kita akan terus bersinar, insyaAllah.
‘ Kita Himpunkan Kebaikan dengan Keikhlasan, Kita Lunturkan Kebatilan dengan Keinsafan’
Terima kasih.
read more
Posted by bakebs on May 1, 2012 in Blog |
Assalamualaikum wbt,
Sdra/sdri warga BAKEBS,
Semoga sdra/sdri sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatanNYA,
Sdra/sdri,
Untuk makluman warga BAKEBS, dukacita dimaklumkan lebih kurang jam 8.30 malam tadi Saudara Shahrul Nazwan (PTP PKG Klang Bandar) telah kembali menemui PENCIPTANYA di rumahnya di Rantau Panjang , Klang.
Pihak BAKEBS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shahrul Nazwan dan semoga mereka sabar dan redha di atas segala ketentuan Allah swt.
Sama-sama kita berdoa dengan penuh keikhlasan agar segala urusan dipermudahkan olehNYA dan Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh serta mulia di sisi Allah swt, insyaAllah.
ALFATIHAH
read more
Posted by bakebs on Mar 31, 2012 in Blog |
Assalamualaikum wbt,
Semua warga BAKEBS- semoga sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatanNYA.
Alhamdulilllah, dengan keizinanNYA, saya bersama dengan beberapa rakan AJK BAKEBS berkesempatan menziarahi salah seorang ahli keluarga BAKEBS kita Sdra Shahrul Nazwan PTP, PKG Klang Bandar di Hospital Sungai Buloh lewat petang tadi-30.3.2012.
Menurut perkhabaran daripada ibu Shahrul yg sentiasa setia di sisinya menyatakan bahawa banyak perkembangan positif mengenai tahap kesihatan Sdra Shahrul, ALHAMDULILLAH. Menurut kata ibunya, Sdra Shahrul akan menjalani kimoterafi sebanyak 12 kali. Setakat petang tadi- 30.3.2012, beliau baru 2 kali menjalani kimoterafi.
read more
Posted by bakebs on Mar 9, 2012 in Blog |
Oleh Wan Mohd Zaidee Wan Zin
Jumaat, 09 Mac 2012 09:18
Lebih kurang jam 5.00 petang tadi (8.3.2012) kita telah mendapat berita bahawa salah seorang ahli keluarga BAKEBS kita, Sdra Zainol Aman bin Sarkam, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kanchong Darat telah kembali menemui PENCIPTANYA. Dikhabarkan allahyarham telah kembali kerahmatullah lebih kurang jam 4.20 petang (8.3.2012).
Semasa hayatnya, allahyarham merupakan seorang PTP yang cukup dedikasi dalam melaksanakan tugas dan juga seorang insan yang baik dan mesra teman, mudah dalam apa jua urusan kerja dan juga selesa bersahabat. Semoga segala kebaikan dan kebajikannya akan diterima oleh Allah, insyaAllah.
read more
Posted by bakebs on Jan 31, 2012 in Blog |
Assalamualaikum wbt,
Semua warga BAKEBS,
Semoga sdra/sdri sentiasa mendapat kerahmatan Allah.
Sdra/sdra,
1. Lebih kurang jam 7.15 malam tadi (30.1.2012). Tn Haji Abd Halim Marzuki ( KU HEPKG) telah memaklumkan kepada saya bahawa ayah mertua beliau ( ayah kepada Pn Zariah ) telah kembali kerahmatullah.
2. Semoga redha dengan ketentuan Allah, warga BAKEBS mengucapkan takziah kepada Tn Haji Halim dan isteri serta keluarga. Semoga roh allahyarham ditempatkan di sisi orang2 yang soleh serta dipermudahkan segalanya, insyaAllah.
ALFATIHAH.
Terima kasih.
YDP BAKEBS
read more
Posted by bakebs on Jan 19, 2012 in Blog |
BAKEBS mengucapkan selamat mengharungi cabaran sepanjang tahun 2012 ini.
Semoga kita semua berjaya mencapai impian dan melaksanakan aktiviti yang dirancang.
read more
Posted by bakebs on Dec 21, 2011 in Blog |
Assalamualaikum wbt,
Semua warga BAKEBS,
Semoga semuanya dalam kerahmatan Allah,
Pada minggu lepas Sdra Mohd Saiful bin Safii N1 BTPN Selangor dan isteri telah dikurniakan cahaya mata puteri . Alhamdulillah dan tahniah.Semoga bertambah seri kehidupan rumahtangga beliau dan terus mendapat kerahmatan Allah, insyaAllah.
Setiap yang berlaku semuanya adalah ketentuanNYA. Pada hari ini 19.12.2011, lebih kurang jam 11.00pagi, ayahanda sdra Mohd Saiful telah kembali kerahmatullah- menemui PENCIPTANYA akibat kemalangan jalan raya di Raub Pahang. Menurut maklumat langsung yang saya dapat daripada beliau, kira-kira jam 8.45 malam tadi jenazah allahyarham masih berada di Hospital Raub- sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Melayu Subang dan insyaAllah penyempurnaan jenazah akan dilaksanakan malam ini juga.
Sama-sama kita menghulurkan doa dengan penuh keikhlasan agar roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dipermudahkan segala urusannya, insyaAllah.
Terima kasih.
read more